Saturday, 12 November 2011

PENCEGAHAN ADALAN LEBIH BAIK DARI MERAWAT


Apabila anda sakit,anda akan berjumpa doktor.Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat.Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula.Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya.

Pencegahan lebih baik dari pengubatan.Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya.Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor,ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal.Cuba renungkan.

Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan.

Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat.Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya.Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit?Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh.

Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi  melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri.

Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah kepada serangannya.

Justeru dalam setiap saat kehidupan kita,yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun.Jangkitan berulang atau jangkitan kronik,walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah.Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat?

Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses,pertanian moden (makanan hilang khasiat),bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak,racun rumput rumpai).

Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik,sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas,boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit.Sebagai contoh,terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1,artritis reumatoid,slerosis berganda dan lupus.

Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser,HIV,hepatitis dan kayap.Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis,lelah,ekzema dan sinusitis.

Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat.

Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan.
Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang?Renungkan fakta berikut:Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran,yang tidak pernah wujud sebelum 1940.  

  • Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak,ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil.Selepas dipetik,proses tersebut terhenti.    
  • Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak.Perlu  dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses  ini membuatkan nutrien hilang.
  • Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam  penghasilan daging,ayam dan hasil tenusu.
  • Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.
  • Udara dan sumber air juga turut tercemar.

Adakah Makanan Kesihatan 
 Memberi Manfaat?
Kalau kita ke supermarket atau farmasi,kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan.
Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut.

Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat.

Sekiranya sistem imun kita lemah,kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.Jadi,pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban.

Makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat  keberkesanannya.

Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya.Semakin awal anda bermula,semakin awal keberkesanannya.Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun.

Apabila usia makin meningkat,kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu.Sebagai contoh,perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan.Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D,B6,B12,riboflavin,folat dan kalsium.
 
Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat,ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. 


Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua.  
Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas.Namun begitu,semakin meningkat usia,semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian.Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan optimum. 


Sebagai langkah berjaga-jaga,pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil.Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.  
 
Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
Elakkan multi-vitamin dengan formula"time release".Ketika sampai masa untuk hancur,ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.



Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab.

Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan lemak untuk berfungsi.Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.

Semak tarikh"baik sebelum".Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak,tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.

Jika anda merokok,walaupun tak kuat,ambil lebih vitamin dan mineral terutamanya vitamin C

PERLUKAH SUPPLEMEN

"Ah.aku tak perlukan supplemen. 
Pemakanan harian sudah cukup"   
             Betul.Kami tak nafikannya.Tetapi sejauh mana anda boleh"Maintain"dengan keadaan ini?Sanggupkan anda memantau setiap benda yang masuk ke dalam mulut dengan mengambil kira jumlah zat,vitamin dan mineralnya?Kalau di hati anda terdetik yang anda tidak mampu melakukan demikian,tambahkan sahaja supplemen dalam diet harian anda.Cubalah dulu dan lihat hasilnya. 

Mengaku sahaja.Kita sememangnya perlu dengan supplemen.Walaupun doktor mungkin tidak pernah menyarankan tetapi tubuh sendiri sudah memberikan pelbagai isyarat.Ditambah pula dengan gaya hidup wanita hari ini.Semuanya hendak ringkas sampai makan pun yang ringkas-ringkas sahaja adakalanya sudah jam 5 baru sibuk hendak mencari makan tengahari.Sihat kah begitu?


Sebenarnya gaya hidup kita hari ini jauh berbeza dengan gaya hidup datuk nenek kita dahulu.Kehidupan mereka yang teratur begitu terbawa-bawa sampailah kepada pemakanan.Aturan diet yang sempurna dan ditambah pula dengan khasiat makanan yang tinggi, menyebabkan mereka jarang sakit.
Tidak di nafikan,supplemen sangat penting untuk mengekalkan kesihatan agar tubuh sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.Bahkan supplemen juga membantu melindungi tubuh dari dihinggapi penyakit.Ia juga dianggap sebagai "pembantu yang baik" kerana ia menampung kekurangan zat yang sangat di perlukan oleh tubuh.


Dengan desakan hidup hari ini,kita tidak akan dapat sumbangan zat yang mencukupi dengan hanya amalan pemakanan yang kita lalui sekarang.Mahu atau tidak,supplemen itu perlu ada dalam aturan hidup kita.Sedangkan mesin pun perlu di servis apatah lagi tubuh,tak begitu?
                                         
APA KAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN SUPPLEMEN?
Dipinjam dari bahasa Inggeris,ia bermaksud menambah kepada sesuatu atau memenuhkan sebarang bentuk kekurangan.Itulah yang dilakukan oleh supplemen.


Ia membantu memenuhkan kekurangan zat yang tidak mampu anda dapatkan daripada sumber makanan asli. Orang memilih untuk mengambil supplemen kerana mereka bimbang akan mengalami kekurangan zat di dalam diet harian.
Supplemen didatangkan dalam pelbagai bentuk.Ada yang dalam bentuk pil,serbuk,minuman atau juga yang di goncang. Perbezaan bentuk ini dibuat demi memenuhi kehendak pembeli yang berbeza-beza.


Ada yang orang yang takut untuk menelan pil dan mereka boleh memilih supplemen dalam bentuk minuman.Ada pula yang gerun untuk menghabiskan  secawan minuman supplemen dan mereka lebih rela menelan pil sahaja.Tidak kiralah apapun pilihan anda.Yang penting adalah khasiatnya.


           BILA SUPPLEMEN DI PERLUKAN                            
Anda bekerja seharian.Sesudah itu anda perasan tubuh mudah penat dan lesu.Kadangkala prestasi kerja juga terganggu kerana tumpuan anda seakan lari.Yang menghairankan,kepenatan anda terlalu melampau-lampau seolah-olah anda baru selesai melakukan kerja  binaan.


Walhal,anda hanya duduk selesa didalam pejabat berhawa dingin.Kalau ini yang berlaku,sahlah tubuh anda sedang mengalami kekurangan zat.Dan disinilah saat anda mula perlu mendapatkan bantuan supplemen. 
                                                         
  SEBAGAI WANITA SUPPLEMEN APA YANG PALING BAGUS UNTUK SAYA
Sebagai wanita,tentu sahaja anda mengharapkan supplemen yang anda ambil bukan setakat menyihatakn bahkan juga mencantikkan.Antara pil supplemen yang baik untuk wanita seperti anda haruslah yang mempunyai aksi mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit,menyihatkan  rambut,mencantikkan kuku,menguatkan tulang dan sebagainya. 


Sebaik-baiknya amalkanlah multivitamin,vitamin c dan kalsium organik.


Namun sebelum anda membuat pemilihan,berjumpalah dengan doktor terlebih dahulu.Lakukan imbasan kesihatan dan minta dia cadangkan beberapa jenis supplemen terbaik untuk anda.


BENARKAH SUPPLEMEN MEMBAWA RISIKO JANGKA PANJANG
Kadangkala kenyataan umum begini selalu mengelirukan kita.Apatah lagi jika ia kerap diungkapkan dan disokong oleh sesetengah pakar perubatan.Namun,perlu anda tahu belum ada lagi asas yang kukuh pernyataan diatas.


Tidak dinafikan terdapat sesetengah supplemen yang mengandungi bahan yang turut ada dalam makanan yang diambil setiap hari.Namun,apabila diet itu sendiri tidak sempurna,sesetengah bahan ini akan susut khasiatnya dan waktu inilah supplemen akan bertindak untuk memenuhkannya.


Namun, pernyataan ini tidak boleh diterima bulat-bulat. Sebagai pengamal supplemen,anda sendiri harus mendapatkan banyak informasi tentang supplemen yang sedang anda amalkan.


Teliti pek supplemen dan baca arahan dari Kementerian Kesihatan(jika ada).Kalau anda mendapat kesan sampingan selepas anda mengamalkan sesuatu supplemen dan ia berbeza dari kesan yang mereka gambarkan,berhenti seketika dan dapatkan maklumat lebih pasti daripada pengeluarnya.


Walaupun supplemen itu perlu,namun anda harus ada kebijaksanaan dalam memilihnya.Dapatkan maklumat yang cukup,perhatian keadaan tubuh dan kesan sampingannya.


Golongan yang bagaimanakah  yang memerlukan supplemen ini.....


WANITA
Bermula dari usia 20an,manusia secara berperingkat kehilangan massa tulang.Pada wanita.proses ini bertambah cepat setelah menopaus.Untuk melambatkan proses kehilangan massa tulang,minumlah supplemen kalsium.

LELAKI PADA USIA DI ATAS 50 TAHUN
Masalah yang kerap dialami oleh lelaki pada usia ini adalah pembesaran prostat.Ini boleh menganggu proses pembuangan air kecil.Pilihlah supplement yang bermanfaat mengurangkan inflasi (peradangan) dan mempengaruhi kadar hormon yang terkait dengan prostat.

VEGETARIAN
Vegetarian yang menghindari semua makanan berasaskan haiwan dapat memperolehi diet seimbang daripada pelbagai jenis buah,sayuran dan biji-bijian.Namun,ada satu diet yang mampu dipenuhi iaitu Vitamin B12 yang didapati pada daging,telur,ikan dan produk susu.


OLAHRAGAWAN
Olahragawan yang intendif dan lama boleh merosakkan otot.Aktiviti olahraga terlalu kuat juga tidak baik,terutama untuk orang yang sudah berumur.Supplemen magnesium baik untuk otot olahragawan.
SEDANG BERDIET
Diet untuk menurunkan berqat badan dapat merangsang rasa lapar,juga boleh menyebabkan kadar gula dalam darah naik-turun.Kromium bermanfaat membantu tubuh memproses lemak dan mencegah perubahan gula darah secara drastik.

MEROKOK
Nutrien daripada supplemen tidak membantu mengurangi risiko penyakit jantung,paru-paru dan kanser kerana merokok namun,vitamin antioksida,antaranya daripada teh hijau,dapat memerangi sejumlah kesan buruk merokok.


MENGAMBIL ALKOHOL
Pengambilan alkohol secara berlebihan merampas sejumlah nutrisi penting dalam tubuh.Mengambil minuman keras secara berlebihan meningkatkan risiko penyakit hati dan beberapa masalah kesihatan lain.Cara terbaik menjaga kesihatan adalah mengurangi pengambilan minuman dan menambah pengambilan vitamin C


AMBIL SUPPLEMEN SECARA TERATUR
Supplement vitamin tidak hanya menyediakan keperluan nutrisi,tetapi juga menghindari tanda-tanda   penuaan.Beberapa jenis nutrien seperti kalsium dan Vitamin D,sangat berguna untuk menjaga kesihatan,bahkan juga membuat kita awet muda.


Maka,ada baiknya vitamin diambil secara teratur selain makanan utama lain.Namun,apakah anda tahu,supplemen yang perlu untuk memaksimunkan tahap kesihatan kita dan seterusnya membantu membuat kita tetap muda.?

VITAMIN B
Beberapa penelitian menunjukkan bahawa penyakit strok dan jantung mampu dicegah apabila kita mendapatkan vitamin B6,B12 dan asid folat yang cukup.Kadar vitamin B yang secukupnya juga mampu menghindarkan kita daripada penyakit yang sering dihidapi oleh orang tua iaitu dimensia atau nyanyuk.

VITAMIN D
Menurut profesor dari Boston University School of Medicine,Michael F.Horlick,MD.PHD anda mampu mengurangi risiko terkena kanser kolon,payudara dan esofagus sehingga 50% apabila anda mendapat vitamin D yang secukupnya.Ini kerana,menurut beliau vitamin D akan menghalang pertumbuhan sel kanser dan mengaktifkan sistem imunisasi tubuh untuk melawan infeksi.


Sumber vitamin D terbaik adalah kuning telur,ikan dan makanan yang sudah difortikasi seperti susu dan  bijirin.Selain itu sinaran cahaya matahari juga baik untuk meningkatkan kadar vitamin D dalam tubuh.

KALSIUM
Mineral ini  sangat penting untuk menjaga kekuatan tulang dan diperlukan untuk fungsi otot dan sarf.Kekurangan kalsium akan menyebabkan kerosakan tulang terjadi lebih cepat daripada oerkembangannya.Selain untuk tulang,kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa supplemen kalsium mampu mengurangi risiko terbentuknya "polip" penyebab kanser kolon.

MAGNESIUM
Kajian menunjukkan kekurangan magnesium lebih sering terjadi pada orang yang usia lanjut berbanding orang muda.Hal ini terjadi kerana semakin tua,kemampuan tubuh untuk menyerap magnesium daripada makanan akan kekurangan.Selain itu,ubat-ubatan seperti antibiotik dan ubat diuretik juga turut memberikan kesan.Selain mencegah diabetes,magnesium juga dapat menurunkan tekanan darah.


Ayuh kita bertukar cara hidup ke arah yang lebih sihat mulai hari ini.Selain meninjau barangan kecantikkan di gedung farmasi,lawatilah juga bahagian-bahagian supplemennya anda pasti tertarik..



Petikan dari majalah RAPI Januari 2011   





No comments:

Post a Comment