Saturday, 12 November 2011

DAUN BARLI HIJAU MUDA

PENGENALAN DENGAN DAUN BARLI HIJAU MUDA

PARA BLOGGER SEKELIAN.....
Anda dah mengikuti segala yang saya perkatakan...Apakah anda masih mahu menunggu penyakit-penyakit ini menyerang anda dulu kemudian baru anda semua terkial-kial mencari ubat nyer....

Bangkitlaa wahai para blogger buatkan satu perisai untuk tubuh badan anda semua....Nikmatilaaa hidup dengan penuh kegembiraan...nikmatilaa kebahagiaan dengan keluarga tersayang serta di samping yang anda cintai....Punca segala penyakit bermula dari dalaman yang tidak sihat....Ingin hidup anda ceria makanlaa makanan yang berkhasiat....

Untuk ini saya ingin memperkenalkan kepada para blogger satu pemakanan kesihatan yang mempunyai seribu keajaiban nya yang tersendiri...iaitu DAUN BARLI HIJAU MUDA...yang dikeluarkan oleh Syarikat Ecofren Sdn Bhd yang beribu pejabat di Alor Setar,Kedah.


IBUPEJABAT ECOFREN DI TAMAN PERINDUSTRIAN KRYSTAL ALOR SETAR,KEDAH
Syarikat ini telah di tubuhkan pada tahun 1989 (dah 22 tahun di pasaran)Diasaskan oleh ahli selidik Farmasi yang memiliki ijazah kedoktoran dan kepakaran dalam bidang farmasi dan pemakanan.

Ecofren mengeluarkan  produk kesihatan dan Kecantikkan serta produk penjagaan peribadi yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang terbaik.....

Syarikat ini telah mengeluarkan sebanyak 11 jenis produk,iaitu pemakanan dan kesihatan..Semua produk ini berasaskan Daun Barli Hijau Muda maksudnya semua produk syarikat ini  bahan asas nya adalah daun barli hijau muda.....

staff Ecofren yang berdedikasi

APAKAH DAUN BARLI HIJAU MUDA


Makanan Terbaik Masa Kini
 
Tidak dapat dinafikan,kemajuan dalam perkembangan bidang sains dan teknologi pada zaman moden ini telah banyak membawa kemudahan.Di sebaliknya,kesihatan manusia masa kini pula menghadapi banyak  ancaman,termasuklah: pencemaran udara,air,radiasi, tekanan kerja,tambahan pula gaya hidup yang tidak sihat dan makanan yang ditambah bahan kimia dan lain-lain.

Kesemua faktor yang mempengaruhi kesihatan telah menyebabkan badan manusia zaman sekarang memerlukan nutrien yang lebih untuk menentang ancaman ini.Manusia zaman sekarang sukar untuk memperolehi nutrien yang  cukup daripada makanan yang biasa dimakan.Ini adalah kerana makanan sekarang kebanyakan telah diprosess, disimpan dan dipanaskan.

Selain itu, juga tercemar oleh baja kimia dan tambahan bahan kimia seperti pengawet,perasa,pewarna dan sebagainya bukan sahaja menyebabkan kehilangan nutrien yang banyak dan juga penghasilan radikal bebas.

Radikal bebas adalah satu sumber oksida yang berlebihan cas elektrik dan dalam bentuk yang tidak stabil.Ia mudah teroksida dengan sumber yang menyebabkan penuaan dan kerosakan sel.


Menurut maklumat perubatan yang terkini menunjukkan bahawa radikal bebas adalah punca utama  kebanyakan penyakit, misalnya penyakit barah, penyakit kulit, nadi lemah, kencing manis, sakit sendi, penyakit hepar, kesan umur dan sebagainya.


Oleh itu, manusia masa kini memerlukan nutrien yang  lebih untuk menentang ancaman dari luar. Makanan ideal yang perlu diambil haruslah dari sumber semulajadi, mengandungi nutrien yang tinggi dan seimbang serta  mempunyai tiga fungsi yang utama iaitu:   
a)Pembersihan(menyingkirkan toksin dari tubuh)
b)Pengimbangan (mengimbangkan pH badan) 
c)Penggantian (menggantikan nutrien yang diperlukan
   oleh tubuh)

Daun barli hijau adalah makanan yang semulajadi, mengandungi nutrien yang tinggi dan seimbang serta mempunyai tiga fungsi utama seperti dinyatakan di atas. Salah satu kelebihannya ialah mengandungi  enzim hidup yang banyak,contohnya SOD,berkesan menyingkirkan radikal bebas dari tubuh dan menentang penuaan sel.


Klorofil dalam daun barli hijau dapat  membuang toksin dalam sel atau menjadikannya tidak toksik,ia juga dapat membantu dalam penyembuhan luka serta mengurangkan bau badan dan mulut.Tambahan pula,daun barli hijau adalah makanan yang beralkali tinggi, dengan ini dapat mengimbangkan pH badan yang normal.

Kandungan kalium yang tinggi di dalamnya bukan sahaja dapat mengimbangkan kandungan natrium dalam darah dan juga dapat mengganti semula kehilangan kalium yang disebabkan tekanan.Selain itu,daun barli hijau juga merupakan sumber pembekal nutrien yang baik bagi manusia zaman sekarang.


Ia bukan saja mengandungi nutrien yang baik dan semulajadi  seperti mineral,vitamin dan protein,juga membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh iaitu asid lemak perlu dan asid amino perlu.


Menurut pakar pemakanan dari Amerika Syarikat iaitu Dr. Mary Ruth Swope dan pakar perubatan dari Jepun iaitu Dr.Yoshihide Hagiwara,didapati jus daun barli hijau bukan sahaja merupakan makanan yang berkhasiat tetapi berkesan dalam memperbaiki keadaan kesihatan seseorang,misalnya:


• Leukimia
• Anemia
• Gout
• Migrain
• Sakit sendi
• Penyakit hepar
• Kencing malam
• Buasir,pertumbuhan
• Penyakit darah tinggi
• Mengurus berat badan
• Sakit gastrik,perut berangin
• Sakit jantung, Kanser,Kencing manis
• Kurangkan keletihan,tingkatkan stamina
• Tingkatkan daya pertahanan tubuh
• Membantu penyembuhan luka
• Kurangkan bau mulut & bau badan
• Kurangkan sakit otot dan sakit belakang
• Insomnia (gangguan tidur malam)
• Masalah sistem pernafasan dan alergi
• Masalah sistem penghadaman dan sembelit
• Memperbaiki simtom kombinasi selepas haid
• Memperbaiki jerawat,penyakit kulit & awet muda
                                                                                                                                                       
FUNGSI DAUN BARLI HIJAU MUDA

Tubuh badan manusia adalah terdiri daripada gabungan sel.Tubuh yang kuat berasal daripada sel yang sihat manakala tubuh yang lemah pula bermula daripada sel yang tercedera.Maka,untuk mengekalkan kesihatan,seseorang itu perlu bermula daripada sel-sel tubuh iaitu: Pembinaa sel melalui pemakanan,memperbaiki sel yang tercedera dan pemulihan sel.Ini adalah idea baru yang dicadangkan oleh bidang perubatan mengenai kesihatan sel.Kehidupan masyarakat sekarang penuh dengan kedesakan dan ketegangan. Keadaan ini  menyebabkan tubuh seseorang itu kehilangan banyak tenaga,sel mengalami kerosakan,seterusnya memerlukan penggantian nutrien yang mencukupi.

Persekitaran yang tercemar turut mencemarkan udara, air dan makanan yang diambil oleh manusia, manakala toksin dan mikroorganisma dari persekitaran akan merosakkan sel dan seterusnya memudaratkan kesihatan.Oleh itu,segala sampah yang terdapat dalam sel tubuh perlulah secepat  mungkin disingkirkan.Pola pemakanan zaman sekarang adalah sukar bagi mengekalkan kesihatan sel tubuh.

Pertama sekali,makanan yang dipanaskan atau kerap diproses,kebanyakan nutrient penting di dalam makanan telah dirosakkan,terutamanya nutrien yang membantu dalam pembaharuan sel iaitu enzim hidup.

Kedua,sel memerlukan nutrien yang seimbang dan menyeluruh tidak hanya memilih kepada satu nutrien,tetapi bukan semua makanan sekarang mengandungi nutrien yang cukup dan seimbang.

Ketiga,sesetengah makanan yang sangat berkhasiat seperti nutrien daripada tumbuhan, algae,serbuk bunga dan sebagainya hanya diserap dan dihadam oleh tubuh manusia selepas komponen sel makanan tersebut dipecahkan menjadi struktur yang ringkas(sistem pencernaan manusia tidak mempunyai enzim yang boleh menghadam fiber,sebagaimana yang terdapat pada binatang seperti lembu dan kambing).

“Ubat adalah ubat”, bukan semuanya tiada kesan sampingan,maka untuk mencapai sel yang sihat hanya melalui perubatan dan perawatan adalah mustahil.Menurut kajian pertubuhan rawatan Amerika Syarikat,terdapat 20% pesakit mengalami keracunan ubat selepas mengambil ubat yang diberikan oleh doktor dan terpaksa berhenti pengambilan ubat tersebut.

Cara yang terbaik adalah dibiarkan sel tubuh tumbuh secara semulajadi.Salah seorang pakar perubatan dari Amerika Syarikat mengatakan bahawa daun barli hijau boleh membantu dalam pertumbuhan semulajadi sel dan ia juga merupakan makanan yang terbaik.Daun barli hijau boleh membantu pertumbuhan semulajadi sel dan ia juga merupakan makanan yang terbaik.

Daun barli hijau adalah satu-satunya sumber makanan di dunia yang mengandungi nutrien semulajadi yang paling lumayan,seimbang dan juga mudah diserapkan oleh sel tubuh manusia. Dengan menggunakan teknologi tinggi dan suhu rendah, dinding sel tumbuhan dipecahkan untuk mengambil nutrien yang terkandung didalamnya dan mengekalkan kandungan nutrien dalam keadaan yang semulajadi(klorofil adalah berwarna hijau,vitamin tidak dioksidakan,bentuk protein tidak diubah,mineral kekal dalam bentuk organik dan semulajadi,kesemua jenis enzim adalah dalam bentuk hidup). 

Seterusnya,jus daun barli dipekatkan dan akhirnya dijadikan kepada bentuk serbuk barli hijau di bawah semburan kering supaya kesemua nutrient dapat dikekalkan dalam bentuk tersebut. Barli hijau selepas diambil akan diserap oleh tubuh manusia. Kandungan nutrien dalam barli hijau masing-masing mempunyai fungsi tertentu.


Misalnya,Enzim Superoksida Dismutase (SOD) boleh segera menukarkan toksin Superoksida dalam tubuh ke bentuk yang tidak beracun, klorofil secara terusnya menukar kepada darah, mineral seperti kalium melibat dalam pembaharuan tenaga sel dan lain-lain.Dalam kombinasi fungsi nutrien tersebut, toksin dalam tubuh akan disingkirkan dan turut merangsang keupayaan pemulihan sel,iaitu membekalkan satu persekitaran yang baik untuk pemulihan sel,iaitu membekalkan satu persekitaran yang baik untuk pemulihan sel tubuh. 

Sifat semulajadi ini bukan saja boleh merawat penyakit malahan dapat menggalakkan pertumbuhan sel bau,darah baru,tulang baru dan organisasi baru.Daun barli hijau mempunyai kuasa ajaib dalam perawatan penyakit dan sementara itu mengekalkan kesihatan.Setelah ditemui lebih daripada 10 tahun,ia juga dikenali sebagai  sumber pengawet muda. 

Pengambilan daun barli hijau telah dikembangkan ke negara-negara Eropah,Australia dan  Asia,menyebabkan banyak bidang kepakaran seperti perubatan, pemakanan,biologi menarik tumpuan ke atasnya.Melalui kajian dan pemerhatian perubatan serta pengalaman dari pengguna-pengguna,telah membuktikan bahawa daun barli hijau mempunyai kesan yang sangat baik ke atas kesihatan manusia.

Salah seorang profesor perubatan dari hospital universiti Tokyo dan seorang pakar lagi dalam perubatan serta pemakanan yang sangat popular di Amerika Syarikat iaitu Dr. Mary Ruth Swope telah membuat banyak tahun kajian terhadap daun barli hijau, didapati daun barli hijau berfungsi dalam beberapa rawatan seperti berikut:- 

• Meningkatkan stamina,mengurangkan keletihan dan meningkatkan kualiti tidur seseorang.
• Sangat berkesan dalam rawatan ulser (ulser perut, mulut dsb.)
• Mengurangkan glukosa darah,memperbaiki penyakit yang disebabkan oleh penyakit kencing manis.
• Mempercepatkan pemulihan luka (luka pembedahan,luka kulit atau luka infeksi dll.)
• Meningkatkan daya tahan terhadap alkohol,mengurangkan kejadian mabuk.
• Mengurangkan kesakitan sendi dan otot.
• Meningkatkan daya sistem pertahanan tubuh.
• Meningkatkan daya ingatan dan menyegarkan fikiran.
• Menghapuskan bau badan / bau mulut.
• Membantu pencernaan dan mengatasi masalah sembelit.
• Mengurangkan kolestrol darah dan tekanan darah.
• Memperbaiki simtom kombinasi akibat habis haid.
• Mengatasi kesan sampingan yang timbul daripada rawatan kimia atau ubat.
  
Kandungan Nutrien Ekstrak Daun Barli Hijau 
Macronutrients
Protein 12.7 g/100 g Carbohydrates 71.0 g/100 g  Fat 3.0 g/100 g   
Micronutrients
Minerals
Boron
Calcium
Chloride
Chromium
Copper
Iodine
Iron
Magnesium
Manganese
Nickel
Phosphorus
Potassium
Selenium
Sodium
Sulfur
Zinc
Trace
amounts of more
than 50 other minerals
Vitamins *
Beta carotene
Biotin
Choline
Folic acid
Niacin
Pantothenic acid
Vitamin A
Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin B6
Vitamin B12**
Vitamin C* *
Vitamin E
Vitamin F**
Vitamin K
Vitamin P**
Enzymes ***
Aspartate aminotransferase
Catalase
Cytochrome oxidase
DNase
Fatty acid oxidase
Hexokinase
Malic dehydrogenase
Nitrate reductase
Nitrogen oxyreductase
Peroxidase
Peroxidase catalase
Phosphatase
Phospholipase
Polyphenoloxidase
RNase
Superoxide dismutase
Transhydrogenase
Amino acids
Alanine
Arginine
Aspartic acid
Cystine
Glutamic acid
Glycine
Histidine
Isoleucine
Leucine
Lysine
Methionine
Phenylalanine
Proline
Serine
Threonine
Tryptophan
Tyrosine
Valine


 *Some United States chemical associations recognize only 13 vitamins. However, the Intemational Union of Pure and Applied Chemistry (from the International Union of Biochemistry) has identified 19 vitamins, and the Japanese Vitamin Academic Society has identified 17 vitamins.

** Vitamin P and Vitamin F are considered citrus bioflavonoids and essential unsaturated fatty acids, respectively. Vitamin B12 is generally believed to come only from animal sources; however, independent analyses from Irvine Analytical Laboratories, as well as from the Resource Research Association, Office of Science and Technology, and Japan Food Analysis Center, indicate that green barley leaves contain B12.
*** There is not a standard method to analyze enzyme activities. Superoxide dismutase (SOD) has been used to measure enzyme activities. Lab analyses indicate that green barley extract contains active SOD. The presence of active SOD in green barley extract may indicate that other common green grass enzymes are found in active conditions.

Rasa, Tekstur dan Bau Serbuk Daun Barli Hijau

SOAL & JAWAB

Bagaimanakah Serbuk Jus Daun Barli Hijau diproses?
Daun barli hijau yang digunakan untuk penghasilan serbuk jus daun barli hijau adalah ditanam secara organik, tanpa baja kimia buatan dan semburan racun serangga. Ia adalah 100% semulajadi. Tumbuhan dituai semasa kandungan nutriennya paling tinggi, menggunakan teknologi pemprosesan yang canggih (Semburan Kering, di bawah suhu rendah) dengan segeranya menukarkan jus daun barli hijau kepada bentuk serbuk daun barli hijau.

Adakah sesiapa yang dilarang mengambil Serbuk Jus Daun Barli Hijau?
Sebenarnya, serbuk jus daun barli hijau adalah satu pati makanan yang semulajadi daripada keseluruhan makanan. Maka, ia adalah selamat diminum oleh kebanyakan orang. Akan tetapi, bagi orang yang menghadapi masalah buah pinggang yang teruk, sebaiknya mendapat nasihat daripada pakar-pakar kesihatan terdahulu sebelum mengambil serbuk jus daun barli hijau.

Bolehkah saya mengambil Serbuk Jus Daun Barli Hijau sekiranya saya  mengambil ubat?
Selagi pakar kesihatan anda tidak melarang anda makan salad, sayuran hijau dan makanan fiber,anda boleh mengambil serbuk jus daun barli hijau.  

Bagaimanakah cara pengambilan Serbuk Jus Daun Barli Hijau?
Bagi orang biasa yang tidak mempunyai masalah kesihatan,adalah dinasihatkan mengambil serbuk jus daun barli hijau sebanyak 1 sudu teh (3g),2 kali sehari,diambil 30 minit sebelum makan.

Serbuk jus daun barli hijau berfungsi sangat baik sewaktu perut masih kosong/sebelum makan.Bagi orang yang ada masalah kesihatan,disarankan mengambil serbuk jus daun barli hijau 1 sudu teh,3 kali sehari.

Sekiranya masalah kesihatan itu serius,anda boleh meningkatkan saiz hidangan secara perlahan-lahan,bergantung kepada keperluan nutrien dan tahap kesihatan seseorang. 

Campurkan satu sudu teh serbuk jus daun  barli hijau dengan air sejuk  dalam suhu bilik, minum dengan segera bagi mengelakkan  kehilangan nutrien disebabkan proses pengoksidaan. 

Sebagai satu produk yang penuh semulajadi,didapati rasa,tekstur dan bau daun barli hijau mungkin berbeza dari satu kelompok ke satu kelompok.Ini disebabkan oleh cuaca, amuan air, sinaran matahari,perubahan musim,masa menuai dan sebagainya.Jisim serbuk daun barli hijau mungkin terdapat sedikit perbezaan dari satu kelompok ke satu kelompok yang bergantung kepada saiz granul jusnya.

Mengapakah kita perlu melarutkan Serbuk Jus Daun Barli Hijau dalam air sejuk / air suhu bilik?
Ini disebabkan serbuk jus daun barli hijau mengandungi enzim hidup dan nutrien-nutrien lain yang banyak,sekiranya dicampur dengan air panas,air suam atau air ais akan memusnahkan kandungan nutrien di dalamnya.

Mengapakah kita perlu mengambil serbuk jus daun barli hijau pada waktu perut kosong atau sebelum makan?
Semasa kita mengambil serbuk jus daun barli hijau pada waktu perut kosong atau sebelum makan, kandungan nutriennya akan lebih senang diserap dan dihadam berbanding dengan pengambilan selepas makan atau perut penuh\
 
Siapa yang memerlukan barli hijau?
Sesiapa sahaja boleh mendapat kebaikan nutrisi daripada daun barli. Ia merupakan makanan yang terbaik untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Wanita mengandung yang memakan daun barli juga dapat menyediakan nutrisi yang terbaik pada bayi dalam kandungannya.

Jika saya mengambil daun barli,adakah saya patut mengambil pil vitamin yang lain?
Anda tidak perlu mengambil pil vitamin lain kerana daun barli hijau telah menyediakan nutrisi penting yang lengkap dan seimbang.

Saya mula mengambil serbuk jus daun barli hijau,tetapi saya rasa semakin teruk. Mengapa?
Selepas pengambilan serbuk jus daun barli hijau,tubuh kita telah melalui satu proses penyingkiran toksin yang dikenali sebagai Proses Penyahtoksin.Ini boleh menyebabkan tandatanda ketidakselesaan pada orang tertentu yang mana ia bergantung pada kesihatan seseorang, iaitu rasa lemah,sakit kepala,loya,muntah, cirit-birit, timbul bintik merah, susah tidur, letih, sembelit dan sebagainya. Ini kerana tubuh kita sedang mengalami proses pembuangan toksin dari badan. (Sila rujuk data tentang tanda-tanda penyingkiran toksin untuk maklumat selanjutnya.)


 PENGALAMAN SEORANG BEKAS PESAKIT KANSER RAHIM.....
  

Ruslina Ruslin 43,langsung tidak pernah menyangka bahawa dia akan mengelilingi satu Malaysia dengan memperdagangkan produk berasaskan Daun Barley selepas musibah menimpa dirinya.Sepuluh tahun lalu Ruslina pasrah menerima ketentuan apabila disahkan oleh doktor mengidap kanser pangkal rahim. Hancur luluh hatinya ketika itu hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu. Dia melalui pelbagai pengalaman selepas pembedahan kemoterapi dan juga  pernah koma akibat penyakit yang menjadi pembunuh kedua wanita ini.

Tabah dengan ujian serta sokongan kuat suami dan anak pertama membuatkan Ruslina tidak mahu mengalah kepada nasib. Mencuba pelbagai makanan tambahan dengan hasrat tidak mahu lagi mengalami peristiwa lama dan mahu virus kanser pergi buat selama-lamanya. Setelah mencuba berbagai-bagai produk di pasaran Ruslina "terjumpa" produk berasaskan Daun Barley. Mencari yang terbaik untuk diri mermbuatkan dia mencuba dan akhirnya mendapat keserasian dalam menguatkan daya tahan diri. Perubahan yang hanya diperolehi dalam 4 bulan sahaja membuatkan Ruslina tekad meneruskan penggunaannya demi kesihatan diri.

Dengan pengalaman pahit yang dilalui nya beliau telah menerima tawaran dari pengasas produk Ecofren untuk menjadi Pengurus di syarikat ini.

Untuk para blogger ini adalah hanya secebis coretan pengalaman seorang teman saya Pn Ruslina dalam menempuh penyakit kanser pangkal rahim dan berusaha sendiri mencari penawar untuk mengelakkan dari terus merebak.

Oleh itu para blogger terutamanya kaum wanita saya meminta jagailah kesihatan anda dan jangan ingat diri kita ini cukup sihat.Sentiasa lah membuat pemeriksaan di klinik-klinik atau pun Hospital.Jadikan pengalaman orang lain sebagai iktibar untuk diri kita sendiri.Saya juga telah pun mengamalkan pengambilan produk Daun Barley ini sebagai langkah untuk kesihatan diri saya sebagai mana kata-kata ini 
 "MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT"
Cerita beliau telah dipaparkan di majalah Rapi dan beliau juga telah berkongsi pengalaman beliau serta mempromosikan barangan Ecofren menerusi radio FM Kedah beberapa ketika dahulu....
                                                                   


"NIKMATILA KEHIDUPAN ANDA DENGAN YANG TERSAYANG DENGAN TENANG DAN DAMAI"
JADIKAN PENGALAMAN ORANG LAIN SEBAGAI IKTIBAR UNTUK DIRI ANDA SENDIRI

PENCEGAHAN ADALAN LEBIH BAIK DARI MERAWAT


Apabila anda sakit,anda akan berjumpa doktor.Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat.Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula.Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya.

Pencegahan lebih baik dari pengubatan.Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya.Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor,ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal.Cuba renungkan.

Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan.

Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat.Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya.Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit?Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh.

Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi  melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri.

Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah kepada serangannya.

Justeru dalam setiap saat kehidupan kita,yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun.Jangkitan berulang atau jangkitan kronik,walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah.Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat?

Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses,pertanian moden (makanan hilang khasiat),bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak,racun rumput rumpai).

Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik,sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas,boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit.Sebagai contoh,terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1,artritis reumatoid,slerosis berganda dan lupus.

Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser,HIV,hepatitis dan kayap.Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis,lelah,ekzema dan sinusitis.

Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat.

Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan.
Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang?Renungkan fakta berikut:Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran,yang tidak pernah wujud sebelum 1940.  

  • Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak,ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil.Selepas dipetik,proses tersebut terhenti.    
  • Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak.Perlu  dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses  ini membuatkan nutrien hilang.
  • Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam  penghasilan daging,ayam dan hasil tenusu.
  • Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.
  • Udara dan sumber air juga turut tercemar.

Adakah Makanan Kesihatan 
 Memberi Manfaat?
Kalau kita ke supermarket atau farmasi,kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan.
Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut.

Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat.

Sekiranya sistem imun kita lemah,kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.Jadi,pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban.

Makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat  keberkesanannya.

Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya.Semakin awal anda bermula,semakin awal keberkesanannya.Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun.

Apabila usia makin meningkat,kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu.Sebagai contoh,perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan.Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D,B6,B12,riboflavin,folat dan kalsium.
 
Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat,ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. 


Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua.  
Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas.Namun begitu,semakin meningkat usia,semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian.Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan optimum. 


Sebagai langkah berjaga-jaga,pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil.Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.  
 
Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
Elakkan multi-vitamin dengan formula"time release".Ketika sampai masa untuk hancur,ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.



Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab.

Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan lemak untuk berfungsi.Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.

Semak tarikh"baik sebelum".Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak,tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.

Jika anda merokok,walaupun tak kuat,ambil lebih vitamin dan mineral terutamanya vitamin C

PERLUKAH SUPPLEMEN

"Ah.aku tak perlukan supplemen. 
Pemakanan harian sudah cukup"   
             Betul.Kami tak nafikannya.Tetapi sejauh mana anda boleh"Maintain"dengan keadaan ini?Sanggupkan anda memantau setiap benda yang masuk ke dalam mulut dengan mengambil kira jumlah zat,vitamin dan mineralnya?Kalau di hati anda terdetik yang anda tidak mampu melakukan demikian,tambahkan sahaja supplemen dalam diet harian anda.Cubalah dulu dan lihat hasilnya. 

Mengaku sahaja.Kita sememangnya perlu dengan supplemen.Walaupun doktor mungkin tidak pernah menyarankan tetapi tubuh sendiri sudah memberikan pelbagai isyarat.Ditambah pula dengan gaya hidup wanita hari ini.Semuanya hendak ringkas sampai makan pun yang ringkas-ringkas sahaja adakalanya sudah jam 5 baru sibuk hendak mencari makan tengahari.Sihat kah begitu?


Sebenarnya gaya hidup kita hari ini jauh berbeza dengan gaya hidup datuk nenek kita dahulu.Kehidupan mereka yang teratur begitu terbawa-bawa sampailah kepada pemakanan.Aturan diet yang sempurna dan ditambah pula dengan khasiat makanan yang tinggi, menyebabkan mereka jarang sakit.
Tidak di nafikan,supplemen sangat penting untuk mengekalkan kesihatan agar tubuh sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.Bahkan supplemen juga membantu melindungi tubuh dari dihinggapi penyakit.Ia juga dianggap sebagai "pembantu yang baik" kerana ia menampung kekurangan zat yang sangat di perlukan oleh tubuh.


Dengan desakan hidup hari ini,kita tidak akan dapat sumbangan zat yang mencukupi dengan hanya amalan pemakanan yang kita lalui sekarang.Mahu atau tidak,supplemen itu perlu ada dalam aturan hidup kita.Sedangkan mesin pun perlu di servis apatah lagi tubuh,tak begitu?
                                         
APA KAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN SUPPLEMEN?
Dipinjam dari bahasa Inggeris,ia bermaksud menambah kepada sesuatu atau memenuhkan sebarang bentuk kekurangan.Itulah yang dilakukan oleh supplemen.


Ia membantu memenuhkan kekurangan zat yang tidak mampu anda dapatkan daripada sumber makanan asli. Orang memilih untuk mengambil supplemen kerana mereka bimbang akan mengalami kekurangan zat di dalam diet harian.
Supplemen didatangkan dalam pelbagai bentuk.Ada yang dalam bentuk pil,serbuk,minuman atau juga yang di goncang. Perbezaan bentuk ini dibuat demi memenuhi kehendak pembeli yang berbeza-beza.


Ada yang orang yang takut untuk menelan pil dan mereka boleh memilih supplemen dalam bentuk minuman.Ada pula yang gerun untuk menghabiskan  secawan minuman supplemen dan mereka lebih rela menelan pil sahaja.Tidak kiralah apapun pilihan anda.Yang penting adalah khasiatnya.


           BILA SUPPLEMEN DI PERLUKAN                            
Anda bekerja seharian.Sesudah itu anda perasan tubuh mudah penat dan lesu.Kadangkala prestasi kerja juga terganggu kerana tumpuan anda seakan lari.Yang menghairankan,kepenatan anda terlalu melampau-lampau seolah-olah anda baru selesai melakukan kerja  binaan.


Walhal,anda hanya duduk selesa didalam pejabat berhawa dingin.Kalau ini yang berlaku,sahlah tubuh anda sedang mengalami kekurangan zat.Dan disinilah saat anda mula perlu mendapatkan bantuan supplemen. 
                                                         
  SEBAGAI WANITA SUPPLEMEN APA YANG PALING BAGUS UNTUK SAYA
Sebagai wanita,tentu sahaja anda mengharapkan supplemen yang anda ambil bukan setakat menyihatakn bahkan juga mencantikkan.Antara pil supplemen yang baik untuk wanita seperti anda haruslah yang mempunyai aksi mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit,menyihatkan  rambut,mencantikkan kuku,menguatkan tulang dan sebagainya. 


Sebaik-baiknya amalkanlah multivitamin,vitamin c dan kalsium organik.


Namun sebelum anda membuat pemilihan,berjumpalah dengan doktor terlebih dahulu.Lakukan imbasan kesihatan dan minta dia cadangkan beberapa jenis supplemen terbaik untuk anda.


BENARKAH SUPPLEMEN MEMBAWA RISIKO JANGKA PANJANG
Kadangkala kenyataan umum begini selalu mengelirukan kita.Apatah lagi jika ia kerap diungkapkan dan disokong oleh sesetengah pakar perubatan.Namun,perlu anda tahu belum ada lagi asas yang kukuh pernyataan diatas.


Tidak dinafikan terdapat sesetengah supplemen yang mengandungi bahan yang turut ada dalam makanan yang diambil setiap hari.Namun,apabila diet itu sendiri tidak sempurna,sesetengah bahan ini akan susut khasiatnya dan waktu inilah supplemen akan bertindak untuk memenuhkannya.


Namun, pernyataan ini tidak boleh diterima bulat-bulat. Sebagai pengamal supplemen,anda sendiri harus mendapatkan banyak informasi tentang supplemen yang sedang anda amalkan.


Teliti pek supplemen dan baca arahan dari Kementerian Kesihatan(jika ada).Kalau anda mendapat kesan sampingan selepas anda mengamalkan sesuatu supplemen dan ia berbeza dari kesan yang mereka gambarkan,berhenti seketika dan dapatkan maklumat lebih pasti daripada pengeluarnya.


Walaupun supplemen itu perlu,namun anda harus ada kebijaksanaan dalam memilihnya.Dapatkan maklumat yang cukup,perhatian keadaan tubuh dan kesan sampingannya.


Golongan yang bagaimanakah  yang memerlukan supplemen ini.....


WANITA
Bermula dari usia 20an,manusia secara berperingkat kehilangan massa tulang.Pada wanita.proses ini bertambah cepat setelah menopaus.Untuk melambatkan proses kehilangan massa tulang,minumlah supplemen kalsium.

LELAKI PADA USIA DI ATAS 50 TAHUN
Masalah yang kerap dialami oleh lelaki pada usia ini adalah pembesaran prostat.Ini boleh menganggu proses pembuangan air kecil.Pilihlah supplement yang bermanfaat mengurangkan inflasi (peradangan) dan mempengaruhi kadar hormon yang terkait dengan prostat.

VEGETARIAN
Vegetarian yang menghindari semua makanan berasaskan haiwan dapat memperolehi diet seimbang daripada pelbagai jenis buah,sayuran dan biji-bijian.Namun,ada satu diet yang mampu dipenuhi iaitu Vitamin B12 yang didapati pada daging,telur,ikan dan produk susu.


OLAHRAGAWAN
Olahragawan yang intendif dan lama boleh merosakkan otot.Aktiviti olahraga terlalu kuat juga tidak baik,terutama untuk orang yang sudah berumur.Supplemen magnesium baik untuk otot olahragawan.
SEDANG BERDIET
Diet untuk menurunkan berqat badan dapat merangsang rasa lapar,juga boleh menyebabkan kadar gula dalam darah naik-turun.Kromium bermanfaat membantu tubuh memproses lemak dan mencegah perubahan gula darah secara drastik.

MEROKOK
Nutrien daripada supplemen tidak membantu mengurangi risiko penyakit jantung,paru-paru dan kanser kerana merokok namun,vitamin antioksida,antaranya daripada teh hijau,dapat memerangi sejumlah kesan buruk merokok.


MENGAMBIL ALKOHOL
Pengambilan alkohol secara berlebihan merampas sejumlah nutrisi penting dalam tubuh.Mengambil minuman keras secara berlebihan meningkatkan risiko penyakit hati dan beberapa masalah kesihatan lain.Cara terbaik menjaga kesihatan adalah mengurangi pengambilan minuman dan menambah pengambilan vitamin C


AMBIL SUPPLEMEN SECARA TERATUR
Supplement vitamin tidak hanya menyediakan keperluan nutrisi,tetapi juga menghindari tanda-tanda   penuaan.Beberapa jenis nutrien seperti kalsium dan Vitamin D,sangat berguna untuk menjaga kesihatan,bahkan juga membuat kita awet muda.


Maka,ada baiknya vitamin diambil secara teratur selain makanan utama lain.Namun,apakah anda tahu,supplemen yang perlu untuk memaksimunkan tahap kesihatan kita dan seterusnya membantu membuat kita tetap muda.?

VITAMIN B
Beberapa penelitian menunjukkan bahawa penyakit strok dan jantung mampu dicegah apabila kita mendapatkan vitamin B6,B12 dan asid folat yang cukup.Kadar vitamin B yang secukupnya juga mampu menghindarkan kita daripada penyakit yang sering dihidapi oleh orang tua iaitu dimensia atau nyanyuk.

VITAMIN D
Menurut profesor dari Boston University School of Medicine,Michael F.Horlick,MD.PHD anda mampu mengurangi risiko terkena kanser kolon,payudara dan esofagus sehingga 50% apabila anda mendapat vitamin D yang secukupnya.Ini kerana,menurut beliau vitamin D akan menghalang pertumbuhan sel kanser dan mengaktifkan sistem imunisasi tubuh untuk melawan infeksi.


Sumber vitamin D terbaik adalah kuning telur,ikan dan makanan yang sudah difortikasi seperti susu dan  bijirin.Selain itu sinaran cahaya matahari juga baik untuk meningkatkan kadar vitamin D dalam tubuh.

KALSIUM
Mineral ini  sangat penting untuk menjaga kekuatan tulang dan diperlukan untuk fungsi otot dan sarf.Kekurangan kalsium akan menyebabkan kerosakan tulang terjadi lebih cepat daripada oerkembangannya.Selain untuk tulang,kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa supplemen kalsium mampu mengurangi risiko terbentuknya "polip" penyebab kanser kolon.

MAGNESIUM
Kajian menunjukkan kekurangan magnesium lebih sering terjadi pada orang yang usia lanjut berbanding orang muda.Hal ini terjadi kerana semakin tua,kemampuan tubuh untuk menyerap magnesium daripada makanan akan kekurangan.Selain itu,ubat-ubatan seperti antibiotik dan ubat diuretik juga turut memberikan kesan.Selain mencegah diabetes,magnesium juga dapat menurunkan tekanan darah.


Ayuh kita bertukar cara hidup ke arah yang lebih sihat mulai hari ini.Selain meninjau barangan kecantikkan di gedung farmasi,lawatilah juga bahagian-bahagian supplemennya anda pasti tertarik..



Petikan dari majalah RAPI Januari 2011